
Pengorbanan para pendidik seharusnya dihargai terutama mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman dengan keadaan serba kekurangan dan sangat mencabar.
Situasi tersebut dihadapi oleh seorang guru yang meredah laluan dipenuh lumpur bagi menuju ke sebuah sekolah yang terletak di Aceh Timur.
Guru tersebut, Husnul Khatimah turut memakai kasut bot setelah lumpur tebal itu kelihatan boleh mencecah atas buku lali sambil menggendong anaknya yang masih kecil.
Perjuangan seorang guru
“Perjuangan seorang guru di salah satu daerah Aceh untuk memberikan ilmu kepada anak2 yang semangat mencari ilmu.
“Semoga jasamu memperoleh manfaat yang berguna untuk anak-anak yang semangat mencari ilmu demi masa depan,” tulis sebuah page Facebook, Atjeh.
Bukan itu sahaja, guru berkenaan juga terus menggendong anaknya ketika melakukan sesi pembelajaran tanpa mengenal erti penah lelah dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa.
Menurut laporan Kompas, difahamkan guru-guru akan menginap di sekolah yang telah disediakan kediaman sekiranya tiba musim hujan kerana laluan jalan menjadi sukar untuk pulang ke rumah.




Posting Komentar
Posting Komentar